Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wilayah Xinjiang yang didiami kebanyakan etnik Uighur melancarkan kempen memerangi produk halal kononnya untuk menghentikan gaya hidup sekular dan ekstremisme.
Ketika mesyuarat Parti Komunis pada Isnin lalu, pemimpin Urumqi berikrar untuk meneruskan kempen antihalal tersebut.
Selain itu, ia juga menghendaki pegawai kerajaan dan anggota parti percaya kepada fahaman Marxisme-Leninsime dan bukan kepada agama serta berkomunikasi dalam bahasa Mandarin di tempat awam.
Sementara itu, Global Times menerusi laporan mereka pada hari ini menyatakan 'permintaan produk halal' seperti ubat gigi dan makanan telah mencetuskan permusuhan terhadap agama.
"Kakitangan kerajaan tidak sepatutnya mempunyai masalah diet dan menu di kantin akan diubah supaya mereka boleh mencuba pelbagai jenis makanan," menurut satu kenyataan di aplikasi WeChat. - Reuters
10 Oktober 2018 - 16:27
News ID: 912296
Wilayah Xinjiang yang didiami kebanyakan etnik Uighur melancarkan kempen memerangi produk halal kononnya untuk menghentikan gaya hidup sekular dan ekstremisme.